Monday, 24 February 2014

Aku dan kau

Yang salahnya aku
Yang bodohnya aku
Yang buruknya aku
Yang jahatnya aku

Kau,
Kau betul
Kau pandai
Kau sempurna
Kau berhati mulia

Inilah kita
Terlalu mengidam menjadi hakim dunia

Dimensi sahabat

Sahabat,
Satu tika dahulu aku bertatih mengenal dunia
Kau datang menghimpit cerita rasa
Berkongsi makna beda antara dunia kita
Perkenalkan aku pada dimensi luar cerita

Namun,
Masa sudah berlari jauh
Seluas tuntasnya lautan dunia
Cukup jauh untuk menzahirkan ertinya remaja
Cukup jauh untuk membeza nilam permata

Kini,
Cerita semalam tinggal sejarah
Sebuah definisi telah mula digarap
Menjadikan aku sorang nakhoda bahtera
Bahtera yang mula membelah badai

Realiti,
Belakang aku kau jadikan dinding
Dinding yang cukup luas untuk kau tikam
Cukup besar untuk pertikai mana kurangnya
Dimensi ini menyadarkan aku

Tidak kata sebaik rasa.

Wednesday, 19 February 2014

Susah

Susah nak jadi diri sendiri,
Kalau ada yang suka mengkeji.

Susah nak bangit tinggi,
Kalau ada yang suka membuli.

Susah nak berlari seluas padang,
Kalau ada yang suka menyandang.

Susah nak menari bebas,
Kalau ada yang suka menebas.

Susah nak berubah,
Kalau ada yang menegah.

Tapi,
Lagi susah nak hidup kalau bertimbun alasannya.
Baik mati, dari mengalah.

Friday, 13 December 2013

Live, life freely.

I always have these in my mind,

I wanna be actor,
I wanna be singer,
I wanna be artis,
I wanna be writer,
I wanna be that,
I wanna be this.

But, in the end hahah. Duduk terpaku di sudut bilik, tapping device. Pathetic me.

Then, one day I sat alone talking to myself *in closed place,  to ensure people not think me insane haha:D* I dunno what to be, who I really wanna be. Well, for all this time I kept telling people that I going to be engineer. The fact that only what I'm majoring in. And I HATE MATH, that's sucks.

          So, I have this in my mind.  No matter where my life going to lead me, I am what I want to be. At least to myself.

If I want to write,  then I write.
If I want to sing, then I sing.
If I want to act, then I act.
If I want to be, then I bee.

No matter where I go, there is me in myself.
I don't need people tell me what to do.

*oh well bad news,  spongebob gonna get cancelled 28th January 2014. Fucking sad*

Thursday, 29 August 2013

Hingga habis pita.

Terkadang aku hairan, gusar dan tertanya. Persoalan ini sering munujah ke dalam ruang fikiran aku. "Kenapa aku lakukannya? Kenapa aku memaksa diri? Ini buka kemahuan ku?". Aku bentak, berkelahi dengan perasaan bodoh ini. Sampai bilapun tidak akan terjawab, gagal lagi untuk menyelesai. Mungkin hanya aku sedang bertarung dalam dilemma diri. Tegang dan luntur. Itu apa yang sedang aku alami, rasai sekarang. Mungkin kau fikir aku ini rumit, lunatik,  tersasar atau mungkin sedikit drama atau melankolik. Itu adalah aku. Aku yang lahir hasil rasa semalan, kelmarin dan lampau. Ini aku cerita sesuatu. Hatiku pedih, mungkin aku masih terkinja dan tersenyum. Tapi. Rasa sakit hanya aku yang tahu. Mungkin kau tak pernah adil, hanya aku yang memberi. Tapi bukan kau. Aku hargai kau. Tapi bukan kau. Kau di sana. Gembira bersama mereka. Apa kau mahu, kau dapat, malah lebih. Kadang aku bosan dengan sikap kurang bersyukur kau. Tapi aku lupa, itu manusia. Kita alpa, kita lupa. Itu fitrah. Itu lumrah. Bahkan aku berdiri di selut yang sama. Semakin lama, semakin tenggelam. Kau takkan sedar, tidak akan. Sampai nanti, suatu saat bila semua ini berhenti.  Mungkin masa itu kau di dunia baharu. Nanti, tiada apa yang perlu kau kesali. Fikir, fikir. Fahami, dalami tapi bukan alami. Aku tidak berharap itu. Tapi mungkin kan sampai kah kau ke dasar yang aku cipta? Tidak, tapi tak mengapa. Ini dunia. Hari ini berhenti disini, esok lusa ada lagi. Tenang dan berpura. Teruskan lakonanku. Hingga habis pita.

Monday, 26 August 2013

Gegirls liao!

Mereka yang memenuhi schedule setiap hari ku. Heheh. Itu sangat poyoable. Hehe. Nik akmar, niza, champ.

Roti canai tampal kawin

This is awesome roti canai combination ever! Roti canai terbang sangat lah sedap, fuhhh. Kalau dtg penang, singgah la sini hoii. Direction, Google sendiri ha. Roti canai terbang,  basically a kampung coffee shop. Suasana yg bestt. Setiap hari, mesti penuh dgn student uitm dgn poli je.

Popular Posts